Spiga

AMARAN: Blog ini hanya karutan.


Pemilik Blog ini menganut fahaman Pemenangisme; fahaman pemikiran songsang.
Blog ini pula taasub JPA dan Kerajaan serta SNSD, tapi anti-PMRAM dan anti-ISMA. Sila jauhkan diri anda jika anda takut terluka.
Sila klik iklan sebagai tanda sokongan anda terhadap blog ini. Hohoho~

RECENTLY COMPLETED: Mr Brain | BOSS Latest
RECENTLY UPLOADED: Ketika Cinta Bertasbih the Movie 1 | You're Beautiful OST Latest
RECENTLY UPDATED: The Arrivals (EP08) | Nur Kasih (EP22)Latest

Latest Tweet!

Inferiority Complex

Manusia ada ego. Samada ego tuh positif atau negatif.

Melihat orang lain membuat sesuatu, ego manusia menjadikan beliau melakukan yang lebih baik. Ataupun menyebabkan manusia tidak membuat sesuatu lantaran takut jatuh maruah mereka. Tidak berani mencuba kerana bimbang tidak mencapai standard orang lain.

Adakah ini dinamakan inferiority complex? Entahlah. Saya pun tidak pasti dan malas nak membelek kamus atau meng-Google.


Setakat ini, gejala merasakan diri mereka rendah dan tidak berkemampuan di kalangan pelajar perubatan Mesir amatlah tinggi. Orang kata, tidak tahu bila perlu direndahkan atau ditinggikan diri mereka.

Lantaran Anep membuat design menggunakan software berlainan; Photoshop, ImageReady dsb dan bermain-main dengan pelbagai brushes dan tona warna, maka tiada siapa ingin membuat wallpaper program. Lupakah mereka, dulu kita cuma mengambil wallpaper sedia ada, kemudian ditambah dengan maklumat program?

Lantaran Eckm membuat video menggunakan After Effects, ditambah dengan efek menggerunkan serta sound system yang menggegar, maka tiada siapa ingin membuat video pembukaan program. Lupakah mereka, dulu kita cuma menggunakan Windows Movie Maker, dimasukkan cuma gambar dan lagu-lagu?

Lantaran manusia lain semuanya mumtaz dan naik tahun, kita merasakan diri kita tidak layak lagi bersama mereka, apatah lagi bersua muka. Lupakah kita, mereka pun sama seperti kita? Akhir tahun memang mumtaz, awal tahun kembali bengap?

Saya suka kalau semua orang ingin melakukan sesuatu bukan kerana mereka boleh buat yang gempak, tapi kerana mereka tahu dan boleh buat perkara tersebut. Juga kesediaan untuk belajar, dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu.

Berikan kerja-kerja rumit dan efek yang power kepada Anip dan Eckm, dan kita cuba buat apa yang kita terdaya. Biarlah ianya cuma sesuatu yang simple. Entah, mungkin kerana saya merasakan ianya satu kebersamaan. (Asyik-asyik kebersamaan. Haha, sekarang musim gila kebersamaan.)

Kutukan, kejian, komen dan pujian itu perkara biasa. Peningkatan mende alah ini menunjukkan bahawa meningkatnya pemerhatian orang ramai terhadap hasil kerja kamu. Ataupun secara ringkasnya, persembahan kamu menarik! Tidak stereotaip dan memiliki niche tersendiri.

Lagipun, bukankah aktiviti kokurikulum di Mesir ini untuk berhibur? Mari lakukan sesuatu dengan gembira dan tidak tensen. Mari kita berbangga dengan secebis kelebihan yang ada pada diri kita. Bukankah variasi itu satu kemeriahan? Yay!

  • Teruskan membaca Inferiority Complex...
Click This Button If You Love This post!

2 penghinaan telah diterima:

karutan kali ni susah difahami
ni kempen nak ramaikan anak buah BPP ke?

bukan. ini kempen bergembira dalam bekerja.
=)

Post a Comment

Sila menghina dengan tatabahasa yang betul dan gayabahasa yang lembut dan menyenangkan hati semua pihak.

.......... .......... ......... ......... .......... ......... ......... ......... .........

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!