Spiga

AMARAN: Blog ini hanya karutan.


Pemilik Blog ini menganut fahaman Pemenangisme; fahaman pemikiran songsang.
Blog ini pula taasub JPA dan Kerajaan serta SNSD, tapi anti-PMRAM dan anti-ISMA. Sila jauhkan diri anda jika anda takut terluka.
Sila klik iklan sebagai tanda sokongan anda terhadap blog ini. Hohoho~

RECENTLY COMPLETED: You're Beautiful | Shining Inheritance Latest
RECENTLY UPLOADED: Ketika Cinta Bertasbih the Movie 1 | You're Beautiful OST Latest
RECENTLY UPDATED: The Arrivals (EP08) | Nur Kasih (EP22)Latest

Latest Tweet!

Hasil Itu Penting, Bukan Usaha

Abu mencari-cari nama di papan kenyataan yang memuatkan keputusan peperiksaan tempoh hari. Satu demi satu diteliti. Atas ke bawah, kiri ke kanan, huruf-huruf Arab membuatkan matanya berpinar mencari angka giliran miliknya. Akhirnya jumpa. Serta merta air mukanya berubah.

"Gagal lagi," desis hatinya.

"Takpelah, kau dah usaha kan. Gagal tuh nombor dua. Allah tak pandang hasil, Allah pandang usaha. Kalau dah rajin belajar, pergi kuliah insyaAllah banyak pahala kau," Ahmad di sebelah cuba menenangkan Abu.


Namun begitu, di sebalik ayat tersebut, Abu sebenarnya telah gagal sebanyak 40 kali. Malah pandangan Allah yang lebih terhadap usaha, tiada kaitan langsung dengan kepentingan usaha melebihi keputusan. Sebenarnya HASIL adalah lebih penting daripada USAHA.

Usaha stadi bersungguh-sungguh tapi Hasilnya gagal dalam peperiksaan bakal menyebabkan kamu dibuang Universiti. Tapi melepak tidak stadi kemudian Hasil mumtaz, anda bakal naik tahun dan menyambung pengajian.

Usaha bekerja bersungguh-sungguh bagai nak mati tapi Hasil belum boleh membayar bil bakal menyebabkan kamu berhutang. Tapi bekerja berehat-rehat di rumah dengan Hasil membayar bil setiap bulan, bakal menyebabkan kamu mempunyai simpanan.

Usaha membuat anak selama 40 tahun tapi Hasil yang tidak mengandung, bakal menyebabkan kamu digelar mati pucuk. Tapi One Night Stand terus Hasil mengandung kembar, bakal memberi kamu gelaran lelaki gagah.

Usaha beramal setiap malam tapi Hasil masuk Neraka, maka sia-sialah hidup di dunia. Tapi adakah beruntung mereka yang kerjanya mencuri tiap-tiap malam, tapi Hasil di akhirat dia ke Syurga?


Contoh-contoh ini sekadar beberapa yang terlintas, betapa Hasil, Keputusan, Result adalah lebih penting daripada Usaha. Kita melompat ke subtopik seterusnya, Benarkah kita perlu mengabaikan Usaha kerana Hasil adalah lebih penting?

Menderma LE50 dengan tidak ikhlas adalah lebih baik daripada menderma LE0.50 dengan ikhlas. Ini disebabkan oleh Hasil derma tersebut, banyak yang boleh dibeli oleh peminta sedekah tersebut. Buat apa kita ikhlas menderma LE0.50 tapi akhirnya beliau mati kelaparan. Nak beli 3isy pun tak lepas? Inginkan amalan kita diterima Allah? Maka kamu sebenarnya telah menjual ikan (selfish). Adakah benar keikhlasan kamu itu?



Kesimpulannya, kita mestilah gabungkan kedua-duanya; Usaha yang Optimum beserta dengan (jangkaan) Hasil yang Terbaik. Marilah kita manfaatkan konsep ini untuk perkara-perkara yang positif.

Sampai di dewan kuliah adalah sangat penting (Hasil). Biarlah kamu lewat pun (Usaha). Tak perlu malu pun kan? Tapi Usaha yang optimum adalah dengan bangun awal, kerana (jangkaan) Hasil adalah sampai di dewan kuliah dengan awal.

Habis bacaan buku adalah satu kewajiban (Hasil). Biarlah kamu baca sikit-sikit atau banyak-banyak (Usaha). Tak kisah, asalkan buku tersebut habis dibaca. Tapi Usaha yang optimum adalah membaca dengan kefahaman supaya (jangkaan) Hasil adalah penyerapan ilmu sejajar dengan penghabisan buku.


Saya tahu entry ini agak pening maka abaikan. Ini hanyalah salah satu daripada pemikiran songsang ideologi Pemenangisme yang saya anuti.

Wakaka~

Nota: Usaha bolehlah didefiniskan sebagai; "Apa yang kita buat" dan Hasil sebagai; "Kesan atau akibat". Terima kasih.

  • Teruskan membaca Hasil Itu Penting, Bukan Usaha...
Click This Button If You Love This post!

12 penghinaan telah diterima:

semua yang kau cakap itu usaha gak sebenarnya...mungkin perlu didefinisikan maksud 'usaha' yang sebenarnya sahaja...

usaha yang Islam suruh bukan datang lewat kelas, bukan study tapi tak habis baca buku, bukan study tanpa perancangan, bukan beramal tapi tidak efisyen, tidak dapat anak dan menunggu sehingga 40 tahun tanpa jumpa doktor..itu tidak faham maksud 'usaha' namanya...

haha buat post berbelit sikit pun nk marah.
wat ilek sudah.

post ini bukan menafikan kepentingan usaha tp membezakan Usaha dan Hasil je. Usaha tanpa Hasil, adakah bernama Usaha, dan Hasil tanpa Usaha, adakah bernama Hasil. adakah makan perlu kenyang? tak bolehkah kenyang tanpa makan?

apakah definisi penting? adakah penting bermaksud benda tuh perlu ada? adakah dengan mengatakan Usaha penting maka kita perlu Usaha? adakah mengatakan Hasil itu penting maka kita perlu ada Hasil? adakah kerana duit itu penting maka kita perlu ada duit? tak bolehkah kita tiada duit tapi menganggap duit itu penting?

jom pikir. lalala...
pemikiran songsang.

denmak..bongok..buangla sifat hedonisme..haha...kita patut jadi lebih matang cam abang hidir..hehe

This post has been removed by the author.

contoh laen

cam ko

wat keje PERUBATAN tapi riyak

lebih baik dari org yg x tolong PERUBATAN tapi riyak jugak

haha

imajinasi btol

idea aku camnih


contohnye ko ade awek name dia raden

ko jalan nak gi cairo u

tibe2 nampak pakcik mintak sedekah

tapi raden ade kat blakang..ko pon rase cam riyak sket

ade4 kemungkinan secara imajinasi

1-derma, ikhlas
2-derma, x ikhlas
3-tak derma, ikhlas
4-tak derma, x ikhlas

tapi sebab ko dah ade riyak jadi option 1 dengan 3 da direject



dan tinggalla option 2 atau 4

so lebih baik derma x ikhlas dari xderma dengan x ikhlas

sekurang2nya walaupon ko mungkin x dapat pahale pakcik tuh dapat duit....

haha

ok ke?

tapi sudah tentu option 1 ialah yang terbaek

..jangan salah paham

best pulak baca entri kali ni dgn komen2 drpd para pemenang.. dari awal smpai akhir baca dgn sengih yg smpai ke telinga.. =) ermm.. btul la usaha dan hasil kne balance.. spatutnya usaha yg kita buat mestilah yg sehabis baik dgn harapn hasilnya pun yg trbaik jgk.. tapi yg lebih 'penting' (ini memang kne ada) ialah slepas usaha yg optimum tu, sblm dpt hasilnya.. kne doa dn tawakal kpd Allah.. itu pun kira usaha jgk.. sblm Allah izinkn dpt hasilnya...

Pemenang:
bijak, tu r salah satu maksud aku. yay~
maybe aku perlu tambah side note: Hasil = Kesan

Kesan usaha kita tuh pun penting gak. Buat ape ikhlas tapi xde kesan. Buat ape rajin tapi xde kesan. Hubungan dengan Allah memang laa takpe. Dengan manusia? Perlukah berusaha tanpa berkesan?
Wakaka

akhir zaman...tunggulah masanya..

Haha. Saya ada kenal seorang yang pemenangisme. Selalu saya dengar orang mengutuknya di belakang. Kesian dia.

Setujulah. Patut kita usaha kita dah bayangkan hasil terbaik. Baru umat maju

Berapa banyak amalan yang besar menjadi kecil di sisi Allah

Berapa banyak amalan yang kecil menjadi besar di sisi Allah

Semuanya kerana niat..

Post a Comment

Sila menghina dengan tatabahasa yang betul dan gayabahasa yang lembut dan menyenangkan hati semua pihak.

.......... .......... ......... ......... .......... ......... ......... ......... .........

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!